visitors

Flag Counter
BAIHAQI FUADI. Diberdayakan oleh Blogger.
Home » » SEJARAH CETAKAN

SEJARAH CETAKAN


SEJARAH CAETAKAN KAYU


Cetakan Kayu.
1. Sejarah Permulaan Cetakan Kayu ( Woodblock Printing )
Cetakan kayu (woodblock Printing) merupakan teknik percetakan teks, imej, atau corak yang digunakan secara meluas di Asia Timur terutamanya negara China. Cetakan ini asalnya merupakan cara mencetak imej, teks, atau corak di atas permukaan kain ( textile) dan kemudiannya dicetak di atas kertas. Cara ini digunakan untuk mencetak pakaian iaitu pada awal 220 masihi di China dan Mesir pada awal abad ke 4. Di Jepun seni cetakan kayu lebih dikenali sebagai Ukiyo – e. Kebanyakkan masyarakat Eropah telah menggunakan teknik percetakan di atas permukaan kertas iaitu daripada potongan kayu ( woodcut ) kecuali untuk Block Book yang dihasilkan pada lingkungan abad ke 15.


2. Teknik.
Blok kayu disediakan sebagai ukiran timbul, di mana kawasan yang menunjukkan warna putih dibuang atau diukir dengan pisau, pahat atau kertas pasir dan membiarkan imej timbul pada permukaan asal. Blok itu dipotong secara memanjang mengikut ira kayu. Ini penting dalam meletakkan dakwat pada blok dan membuatkan ia lebih tahan serta kukuh dan boleh bersentuhan dengan kertas mahupun kain bagi mendapatkan imej cetakan yang baik.
Imej yang dilukis atau dihasilkan pada blok kayu itu haruslah dalam kedudukan imej cermin terutama sekali jika terdapat teks padanya. Seni mengukir ini secara teknikalnya dikenali sebagai Xylography. Namun begitu, istilah ini jarang digunakan dalam Bahasa Inggeris.


Terdapat beberapa cara membuat cetakan yang perlu diambil berat :

a. Stamping.
Digunakan ke atas kebanyakkan fabrik dan kebanyakkanya cetakan kayu awal eropah. (1400 – 1440). Percetakan dilakukan dengan meletakkan kertas atau fabrik ke atas meja atau apa sahaja permukaan rata dengan blok kayu itu di atasnya dan menekan atau mengetuk bahagian belakang blok kayu itu.

b. Rubbing.
Cara yang sering digunakan bagi cetakan kertas timur. Selain itu ia juga digunakan dalam cetakan kayu eropah.

0 komentar:

Posting Komentar